Isnin, 23 Ogos 2010

Islam Di Zaman Ini

            Gempa berlaku dimana-mana. Tsunami,banjir. Penindasan juga ada disemua tempat. Buang bayi,pelacuran dan banyak lagi perkara yang berlaku diluar permintaan kita. Jadi,kenapa ini banyak berlaku????
        
            Cuba tuan perhatikan dan fikirkan,duna hari ini pun sudah mennjadi kucar-kacir. Sudah tiada haluan yang hendak dituju. Saya menyeru kepada ahli-ahli ulama,guru-guru,ustaz,imam dan kepada pihak berkuasa atau pun sekelian orang ramai, supaya memohon kepada Allah Taala dan memohon shafaat daripada Nabi supaya diberi petunjuk kepada kita semua,kenapa dunia hari ini menjadi sedemikian rupa...
             Seeloknya,sempena bulan Ramadhan yang mulia ini kita memohon pada Ilahi, agar keadaan dunia kucar-kacir ini dapat dibendung sebelum ianya merebak lebih dasyat lagi.
pada masa ni, ramai orang yang tahu banyak tentang ayat-ayat Allah,Hadis Nabi serta perkataan-perkataan ulama. Tapi kenapa keadaan dunia semakin teruk?? Kalau diikutkan, tiap-tiap Jumaat, ramai umat Islam menadah tangan memohon akan kesempurnaan Islam dari Ilahi tapi kenapa masih tidak memberi kesan..
             Saya menyeru pada para alim ulama,guru-guru,ustaz serta imam juga pada pihak berkuasa supaya memohon daripada alimu'ghaib agar dapat petunjuk apakah puncanya dunia menjadi huru-hara seperti hari ini. Allah menyuruh kita meminta apa yang kita di kehendaki. Nescaya Allah akan memberi petunjuk bila kita sentiasa memohon kepadanya..
              Kita umat Nabi Muhammad S.W.T, banyak mengikut sunah dia. Jadi tidak salah kita memohon syafaat dari dia agar dia dapat diberi petunjuk jalan yang benar,kenapa keadaan dunia hari ini sudah tidak aman lagi...
             Dalam membuat permohonan tadi,hendaklah dibuat dengan bersungguh-sungguh. Kalau diikutkan dalam bulan Ramadhan ini,sekurang-kurangnya  kita kena buat selama 4 jam setiap malam. Berselawat kepada Rasulullah serta berzikir biar dapat berjumpa dengan dia bertepatan dengan Lailatulqadar. Jikalau permintaan itu tidak sungguh-sungguh,ini bermakna kita semua sudah senang dalam keadaan yang tidak menentu seperti hari ini. Maknanya, selagi permohonan kita tidak makbul,ini bermakna dunia sudah dekat dengan kiamat.
             Saya seorang insan yang hina,dhaif,miskin serta fakir. Saya juga tidak ada banyak ilmu,jahil,sekolah pun tidak. Itu semua adalah pandangan disisi makhluk, tapi disisi Allah Talla sama sahaja. Namun sudah menjadi tabiat saya setiap saat,setiap jam,setiap hari dan bertahun -tahun memohom agar diberi prtunjuk oleh Allah Taala. Selagi satu-ssatu permohonan itu tidak dapat, selama itu lah permohonan saya ajukan.
             Jadi bila saya yang memohon kepada Ilahi,lalu diberi petunjuk, saya terpaksa lah cerita kepada semua orang. Tetapi kalaulah cerita saya itu tidak dipercayai,dikatakan bohong semata-mata, padahal itu adalah benar disisi Allah. Apakah hukumnya??? Tidak kah hukumnya kafir ataupun murtad. Itulahsebab saya menyuruh orang-orang besar,alim ulama uang ada pangkat serta nama memohon pada Ilahi,kerana bila orang-orang yang seperti ini cerita, baru lah orang percaya kebenarannya.... Wassalam......

Penulis:
Tok De Juri Kubang Guchil
Pasir Mas Kelantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan